Tiga Laman Facebook Milik Kaban Music Production Digodam? Kuching - Tiga laman facebook milik Kaban…
Ain Edry Bakal Tampil Dengan Single ‘Semaya Pengerindu Tua’
Nur Ain Nadzirah bukan nama asing bagi penganjur pertandingan nyanyian di sekitar Kuching sejak 7 tahun yang lepas sehingga ke hari ini. Beliau sering menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan sejak dari sekolah rendah lagi. Untuk peringkat kanak-kanak, Nur Ain yang berasal dari Kampung Lintang, Petra Jaya telah mewakili Sarawak dalam Pertandingan Bintang Kecil RTM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2017 dan mendapat hadiah saguhati. Pada 2018, Nur Ain berjaya merangkul Juara Bintang Kecil KMP 2018 yang diadakan di The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan
Melangkah ke alam sekolah menengah Nur Ain terus mengasah minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian terutamanya di sekitar Kuching dan Samarahan. Pada tahun 2022, beliau banyak memenangi pertandingan nyanyian yang disertainya. Salah satu daripadanya ialah Juara Waterfront Idol 2022. Semasa berada di Tingkatan 5 pada tahun lepas, Nur Ain kurang menyertai pertandingan nyanyian bagi memberi perhatian kepada pelajaran dan peperiksaan SPM.
Selesai sahaja menamatkan alam persekolahan Tingkatan 5 pada awal Februari lepas, Nur Ain telah dipilih dan ditawarkan kontrak sebagai penyanyi tetap Kaban Music Production (KMP) Sdn Bhd untuk selama 2 tahun. Bakal menjadi penyanyi yang akan menggunakan nama pentas ‘Ain Edry’, Nur Ain akan memulakan rakaman lagu single pertamanya dalam Bahasa Iban tidak lama lagi. Lagu berjudul ‘Semaya Pengerindu Tua’ hasil gubahan komposer dan penyanyi terkenal Depha Masterpiece berirama balada pastinya akan menjadi kayu ukur pertama kemampuan Ain Edry dalam industri muzik etnik Sarawak. Semoga berjaya kepada Ain Edry (Nur Ain Nadzirah).
-UW-
Post Views: 1,824
Related Posts
Lagu Gawai Tahun 2024 Kuching:- Kaban Music Production (KMP) Sdn Bhd telah mengeluarkan 3 buah…
Velo Leman yang berasal dari Padawan berjaya muncul Juara pertandingan UjiBakat KMP 2023 yang diadakan…
This Post Has 0 Comments