skip to Main Content

Tiga Laman Facebook Milik Kaban Music Production Digodam?

Kuching – Tiga laman facebook milik Kaban Music Production telah digodam oleh ‘hacker’ pada 21 Jun 2024 menggunakan nama  Harits Darmawan (marhtaknost@hotmail.com) melalui Facebook Business Manager. Laman facebook yang berjaya diambil alih oleh hacker tersebut ialah :

Kaban Music Production (facebook.com/kabanmusicpro)

KMP TV Channel (facebook.com/kmptv)

KMP Sabahan (facebook.com/kmpsabahanofficial)

Orang ramai diingatkan supaya tidak terpeda dengan apa-apa posting yang diterbitkan oleh tiga laman facebook tersebut dari tarikh laman tersebut telah digodam dan digalakkan untuk membuat ‘Report’ atau ‘Block’ page tersebut. 

Bagaimanapun, pihak pengurusan KMP telah mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat aduan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan pihak berkenaan. 

Untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan info-info serta lagu-lagu daripada artis KMP, anda boleh mengikuti laman facebook terbaru mereka iaitu Kaban Music Production – Record Label.

Back To Top
error: Content is protected !!