skip to Main Content

Jeffry Tegong

Biography

Jeffry Tegong Anak Uching atau nama pentas sebagai Jeffry Tegong yang berkecimpung dalam industri hiburan Dayak bermula dari tahun 2015 lagi.

Pada tahun 2015, beliau bekerja sebagai krew di belakang tabir di Kaban Music Production sebagai jurufoto, video editor, pegawai eksekutif kandungan digital dan pereka grafik album-album keluaran KMP selama ini.

Pada tahun 2017, lagu pertama beliau menceburi bidang nyanyian adalah lagu yang terdapat di dalam album kompilasi Gawai pada tahun 2017 iaitu ‘Tuai Gawai’ berduet bersama K’Limousine. Pada tahun yang sama juga, beliau dipilih oleh produser untuk berduet bersama Shasha Julian iaitu lagu ‘Ngetanka Semaya’ yang dimuatkan di dalam album kedua Shasha Julian ‘Bujang Atas Meligai’. Lagu duet tersebut dicipta oleh komposer yang tidak asing lagi dalam industri iaitu Robert Bell Sebuyau, mendapat penerimaan daripada para pendengar industri lagu Iban dan kini 3.3 juta tontonan di youtube.

Pada tahun 2019 pula, beliau mengeluarkan lagu single duet kedua bersama Nathalie Anik iaitu ‘Mutus Ati’ ciptaan Robert Bell Sebuyau yang kini mempunyai 2.3 juta tontonan di youtube KMP. 

Pada tahun 2021, beliau menerbitkan lagu solo pertama beliau iaitu ‘Nyeliahka Diri Empu’ ciptaan Franklin Lingga, Sebastian Gerunsin dan Cassie BL, lirik ditulis oleh Franklin Lingga yang kini mempunyai 2.1 juta tontonan di youtube. Lagu ‘Nyeliahka Diri Empu’ diterbitkan atas kerjasama daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik pada tahun 2020.

Pada tahun 2022, beliau menerbitkan single kedua iaitu ‘Enda Teantika Aku’ ciptaan Lewelyn Lawas Julin juga diterbitkan atas kerjasama Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik pada tahun 2022. “Ramai pengiat seni di Sarawak khususnya tidak mengetahui dana yang disediakan oleh pihak kerajaan sejak kebelakangan ini. Mungkin pengiat seni kita di sini (Sarawak) terlepas pandang info-info yang diberikan oleh pihak kementerian.” kata Jeffry Tegong. Kini Jeffry Tegong dilantik sebagai Pengurus Operasi dan bekerja sepenuh masa di Kaban Music Production.

Selain itu, banyak lagi lagu-lagu duet Jeffry Tegong bersama artis yang lain yang boleh didengari di saluran youtube rasmi Kaban Music Production dan platform penstriman digital.

Discography

Photos

Videos

Music Player

Loading

Back To Top
error: Content is protected !!